RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Surat Beranok Versi Lama Depan Belakang

Aby Nasier | Friday, April 03, 2020 |

Posting ni dah lama dalam draf tak post post je lagi sibukk ler sangatt kan ahahaha..sebab check posting yang mana boleh di siarkan..☺☺


Waktu dulu-dulu kan nurse kene tulis tangan tak macam zaman sekarang berkomputer kan..☺☺

klik See More deh.. :)


Akibat Nurse salah dengar terus tersalah tulis terpaksa lah abah kene ke Pejabat Angkat Sumpah ke JPN Johor untuk penukaran nama saya. tapi sebelum tu abah tanya nak nama apa.. wah.. boleh tukar-tukar ke? Abah suh pilih.. cuma cakap kat abah time tu nak jarak sahaja tak terfikir nama lain HAHA! Berangan nak nama lain hihi..

Tapi untuk Sijil UPSR (zaman sekarang xde dah) masih nama ini lah.. selepas itu nama Asal.. itulah bila dah tukar Sijil PMR & SPM pon diorang masih salah cetak kene pi antaq surat pembetulan haisshh kesilapan biasanya nama last tuu nama Adawiah kepada Adawiyah..

Cuma saya rasa pelik bila cikgu panggil nama tak macam abah panggil cikgu panggil Rabia Hadawiah hurm macam pelik yek.. dulu-dulu kita kan mana pegang surat beranok so kita tak tau ejaan sebenar macamne.. kecik-kecik abah tulis kat buku sekolah Rabiahtul Adawiyah kadang-kadang Rabiah Adawiah naik pening jugak cikgu tulis lain abah tulis lain.. bila dah besar sikit baru abah terangkan sebab apa nama begini hehehe..

Kecik-kecik kalau terangkan pon kita takkan faham kan..elok-elok orang lain dapat kad pengenalan umur 12 saya dapat umur 13 sebab kene tunggu setahun untuk proses penukaran nama..

Memang kalau ikutkan abah nak isi nama Rabiatul Adawiyah yang memberi makna Wanita Sufi bila baca kisah para sahabat wanita hebat tuu.. kalau lagu kumpulan In-team Rabiatul Adawiyah tu terasa lagu tu ditujukan untuk ai sebab beza xde nama tul jer HAHA! (semasa posting ini saya pi cari lagu ini dalam koleksi music hp)..

Bila nama dah jarak ni makna akan jadi dua saya pon cari lah makna nama ini  yang saya jumpa makna Rabiah = Dahan yang kecil & Adawiah = Penawar. Sebab tu saya suka orang panggil Adawiah sejuk hati saya ewahh.. alang posmen pon datang rumah pon kata "parcel untuk adawiah tanda tangan kat sini"

Sayang pulak nak tukar yang berkomputer.. hihi.. tapi memang nak kene tukar jugak.. post di blog sebagai kenang-kenangan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...