RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Sambal Balado Menyengat RT

Aby Nasier | Wednesday, April 08, 2020 |

Jom kita buat pes sambal segera untuk memudahkan memasak untuk memasak nasi goreng 5 minit. Sambal Tumis Cili Padi ini memudahkan jika malas memasak sambal atau bahan pencicah segera. Moh kita lihat apa bahan tersebut. Kali ini kita menggunakan Pressure Cooker (Periuk Cepat Era Melenium).



Klik Read More deh untuk teks @ gambar gituuu.. 😊



Bahan Untuk Dikisar (1):

⇛ 10 tangkai cili besar merah
⇛ 10 tangkai cili besar hijau
⇛ 10 tangkai cili padi hijau
⇛ 10 tangkai cili padi merah

Bahan Untuk Dikisar (2):

⇛ 2 biji bawang besar
⇛ 3 ulas bawang putih
⇛ 2 cm Lengkuas
⇛ 2 cm Halia 
⇛ 2 cm Kunyit hidup 
⇛ 1 batang serai (hiris halus)

Hasil seperti di ini...
Bahan Untuk Tumis (3) :

⇛ 2 batang serai (potong serong)
⇛ Sedikit ikan bilis (digunting halus)
⇛ Sedikit udang kering (digunting halus)
⇛ 2 cm belacan (hiris halus) 

Bahan Lain (A) :
⇛  3/4 Gula kerek

Bahan Lain (B) :
⇛ 3 sudu Sos Tomato
⇛ 2 sudu sos Serbaguna Sos Apai
⇛ 1 sudu besar Asam Jawa Adabi
⇛ 3 sudu Gula Perang
⇛ 1 sudu sos Kicap Manis
⇛ 2 sudu Garam Pink / Garam Bukit
⇛ Tomato Ceri (hiasan akhir) 

Cara-cara Penyediaaan :

1. ON kan Pressure Cooker (PC) pilih Mode BAKE >> pilih >> Pressure tekan tolak (-) kepada P05. Penutup Periuk PC perlu dibuka sebab guna mode BAKE. Masukkan minyak untuk menumis lebih kurang 1 senduk besar. Masukkan Bahan Tumis (3) : Mulakan dengan serai sehingga kekuningan @ naik bau untuk mempercepatkan proses memasak sambal. Selepas itu masukkan lain-lain sehingga sedikit garing. 


2. Masih dalam Mode BAKE Masukkan Untuk Dikisar (2) : tunggu sehingga sedikit garing lebih kurang 10 minit Masukkan Untuk Dikisar (3) . Tambah sedikit minyak jika kurang untuk masak dengan sempurna. Tambah air 1 cawan mug (100 ml). Masukkan Bahan Lain (A) : Tutup periuk tukar MODE kepada Warm/Off >> tukar setting kepada SOUP @ CHICKEN >> pilih >> Pressure tekan tolak (-) kepada P20. 


3. Apabila setting BB, tukar semula kepada mode BAKE pilih >> Pressure tekan tolak (-) kepada P08. Tukar penutup periuk yang ada lubang sebab sambal merecik-recik gitu.. Apabila masa tamat kepada BB. OFF plug. Tunggu sejuk untuk pindahkan ke kuali untuk proses keringkan sambal haa.. gitchu... :)


4. Panaskan kuali jenis yang mudah masak biasanya jenis bukan Non-Stick ye.. ini cara saya lah.. Masukkan pula Bahan Lain (B) : (kecuali garam/gula) Tutup penutup kuali. kuatkan sedikit api dalam 4-5 minit untuk proses keringkan air sebab tadi kita guna PC mode SOUP @ CHICKEN fungsi dia untuk memasakkan cili-cili serta bawang tersebut.

5. Selepas itu, biarkan sambal masak di atas dapur dengan api perlahan/api biasa selama 1 jam. Kacau selalu agar sambal tidak hangit dan berkerak di kuali & berwarna ke perang-perangan. masukkan gula perang 2 sudu besar. Akhir sekali, baru dimasukkan garam himalaya 1 sudu besar  dan padamkan api.

Nota : Sambal yang lebih lama dimasak akan lebih tahan lama perlu disimpan di dalam peti ais (tahan berbulan uols). Selepas sejuk masukkan sambal ke dalam botol kaca (elakkan botol plastik) untuk dijadikan stok kecemasan apabila kesuntukan masa untuk memasak setelah penat bekerja.

Curahkan Sambal Balado ini ke atas ikan goreng, telur dadar, ikan bilis, ayam goreng ataupun terung bakar @ cedok guna sudu jika isi dalam botol. Sangat sedap dimakan dengan 1 pinggan nasi panas dan 2-3 helai daun salad / timun / tomato ceri lobak pilihan. Selamat mencuba! 😃

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...